Kamis, 24 November 2011

MAKALAH PERBANDINGAN PENDIDIKAN ( PENDIDIKAN DI MALAYSIA)

BAB I
PENDAHULUAN

  1. LATAR BELAKANG

Malaysia adalah sebuah negara federasi yang terdiri dari tiga belas negara bagian dan tiga wilayah persekutuan di Asia Tenggara dengan luas 329.847 km persegi. Ibukotanya adalah Kuala Lumpur, sedangkan Putrajaya menjadi pusat pemerintahan persekutuan. Jumlah penduduk negara ini melebihi 27 juta jiwa. Negara ini dipisahkan ke dalam dua kawasan — Malaysia Barat dan Malaysia Timur — oleh Kepulauan Natuna, wilayah Indonesia di Laut Cina Selatan. Malaysia berbatasan dengan Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Filipina. Negara ini terletak di dekat khatulistiwa dan beriklim tropika. Kepala negara Malaysia adalah Yang di-Pertuan Agong dan pemerintahannya dikepalai oleh seorang Perdana Menteri. Model pemerintahan Malaysia mirip dengan sistem parlementer Westminster.
Malaysia sebagai negara persekutuan tidak pernah ada sampai tahun 1963. Sebelumnya, sekumpulan koloni didirikan oleh Britania Raya pada akhir abad ke-18, dan paro barat Malaysia modern terdiri dari beberapa kerajaan yang terpisah-pisah. Kumpulan wilayah jajahan itu dikenal sebagai Malaya Britania hingga pembubarannya pada 1946, ketika kumpulan itu disusun kembali sebagai Uni Malaya. Karena semakin meluasnya tentangan, kumpulan itu lagi-lagi disusun kembali sebagai Federasi Malaya pada tahun 1948 dan kemudian meraih kemerdekaan pada 31 Agustus 1957.
Malaysia pun saat ini menjadi salah satu tempat tujuan untuk melanjutkan pendidikan perguruan tinggi. Tidak sedikit pelajar dari negara kita yang menuntut ilmu disana. Malaysia pada saat ini adalah merupakan Negara yang memiliki standar pendidikan yang cukup tinggi. Padahal dulu banyak orang Malaysia yang belajar ke Indonesia, tapi sekarang malah sebaliknya, kenapa itu bias terjadi? Apakah yang membuat pendidikan di Malaysia menjadi lebih berkembang dari Indonesia?
  1. PEMBATASAN MASALAH


Adapun makalah ini hanya membahas tentang beberapa hal yang menyangkut tentang pendidikan di Malaysia, sejarah perkembangan nya, dan jenjang pendidikan yang ada di Negara Malaysia.





















1


BAB II
PEMBAHASAN


  1. SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA( 1600 – 1990 )


1. Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu

Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Ia wujud dan berkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan ‘sekolah pondok’. Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal.

2. Pendidikan Di waktu Penjajahan Inggris (1800 hingga 1956)

Sistem pendidikan diwaktu ini adalah warisan budaya pendidikan zaman pemerintahan Inggeris. Diwaktu zaman ini terbentuk lima jenis persekolahan iaitu Sekolah Vernukular Melayu, SekolahVernukular Cina , Sekolah Vernukular India, Sekolah Vernukular Inggeris dan Sekolah Agama ( Madrasah ). Ciri-ciri sebegini rupa terbentuk kerana mengambil kira faktor politik, ekonomi ,sosio-budaya dan agama.

3. Pendidikan Sebelum Merdeka ( 1941 hingga 1956 )

Waktu pemerintahan Jepun ( 1941 hingga 1956 ) Pendidikan Tamil dan Pendidikan Melayu diteruskan dengan ditambah bahasa Jepun. Penubuhan sekolah Nippon-Go untuk menggantikan Sekolah Vernukular Cina dan Inggeris. Pengajaran lebih ditekankan lagu- lagu klasik Jepun dan Kebudayaan Jepun. \

Selepas tamat Perang Dunia Kedua 1946 , Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu. Keadaan sistem pendidikan diwaktu ini bercelaru, orang Melayu telah mula kuat semangat nasionalisme dan masyarkat Cina, India masih mahu kekal bermastautin di Malaya. Selain daripada itu dikalangan orang Melayu mula timbul kesedaran untuk memajukan pendidikan. Melalui pendidikan, ekonomi dan sosial orang Melayu di tingkatkan.

Atas desakan dan kesedaran orang Melayu untuk memperluaskan peluang pendidikan untuk kanak-kanak Melayu. Kaum Melayu mula mendesak pihak kerajaan Inggeris memperbaiki keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Maka pada tahun 1950 satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J.Barnes telah ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan orang Melayu. Pada tahun 1951
terbentuklah Jawatankuasa L.J.Barnes fokusnya kepada pendidikan orang Melayu dan
membawa kepada seluruh sistem pendidikan perlu dirombak semula.










2

4. Perkembangan Pendidikan Dari Tahun ( 1957 hingga 1970 )

Dalam waktu ini bagi menjelaskan perkembangan pendidikan ada baiknya dilihat kronologi peristiwa perkembangan yang berlaku didalam sistem pendidikan untuk memberikan gambaran yang jelas mengenainya.
-
Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957
-
Laporan Rahman Talib 1960
-
Pendidikan rendah percuma
-
Peperiksaan masuk sekolah menengah dimansuhkan 1964
-
Pendidikan menengah komprehensif atau pendidikan aneka jurusan
Diperkenalkan 1965
-
Peperiksaan darjah lima diperkenalkan 1967
-
Jawatankuasa perancangan pelajaran tinggi dibentuk membawa tertubuhnya
Majlis Pelajaran Tinggi 1968. ITM,TAR,UKM.
-
1967 Laporan Khir Johari dikemukakan dan Akta Bahasa Kebangsaan
diluluskan.
-
Peristiwa 13 Mei 1969 .- ekoran dari itu Dasar Ekonomi Baru dan Rukun
Negara sebagai panduan, perumusan dari pendidikan dan matlamatnya.
-
Majlis Operasi Kebangsaan- kehidupan kampus pelajar UM. Laporan Majid
1971 dikemukakan.
-
Laporan Murad 1973 – kandungan keciciran pelajar
-
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran atau
Laporan Kabinet 1979.
-
Laporan Kabinet mencadangkan-KBSR terlaksana 1983 dan KBSM pada
1989.


5. Perkembangan Pendidikan dari Tahun 1970 hingga 1990

Tahun-tahun diantara 1970 hingga 1990 merupakan era penyusunan semula sistem pendidikan di Malaysia. Usaha dan tumpuan yang lebih bagi pihak kerajaan reformasi menyeluruh dalam sistem pendidikan. Ini bertujuan bagi mencapai matlamat membina sebuah masyarakat yang bersatu padu yang mempunyai identiti sendiri.
Oleh itu dasar-dasar pendidikan yang mendokong semangat kebangsaan. Penyusunan organisasi pendidikan yang selaras meliputi peringkat sekolah pada peringkat Sek.Men dan Sek.Ren sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak supaya mengikuti dasar kerajaan. Struktur kurikulum untuk sekolah, pendidikan guru dan pendidikan tinggi supaya wujud kesinambuangan dan kerelevanan peringkat-peringkat pendidikan. Seterusnya ia dapat memperbaiki keadaan demokrasi dan ekuti dalam pendidikan agar wujud kesamarataan penyertaan untuk etnik dan geografi.






3

6.Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)
Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain.
Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:
  1. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;
  2. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999;
  3. Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;
  4. Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); dan
  5. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.
7. Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)
Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002); Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003); dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas.
Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.

B.     JENJANG PENDIDIKAN DI NEGARA MALAYSIA
Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa tingkatan:
Hanya pendidikan di sekolah rendah yang diwajibkan dalam undang-undang. Oleh karena itu, pengabaian keperluan pendidikan selepas sekolah rendah tidak melanggar undang-undang. Sekolah rendah dan sekolah menengah diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi dasar yang berkenaan dengan pengajian tinggi diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2004. Sejak tahun 2003, kerajaan memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran yang berkenaan dengan Sains. dan matematik.


4

1. Pendidikan prasekolah

Sekolah tadika (prasekolah) menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun. Pengajian tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia.
Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. Namun kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah.

2. Pendidikan rendah

Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun.
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan.
Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.

3. Pendidikan menengah

Sekolah menengah awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran selain Sains (Biologi, Fizik dan Kimia) dan Matematik (termasuk Matematik Tambahan) Para pelajar perlu belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Seperti di sekolah rendah, setiap tingkatan (darjah) mengambil masa selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga (digelar peringkat menengah rendah), para pelajar akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Berdasarkan pencapaian PMR, mereka akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera. Aliran Sains menjadi pilihan ramai. Pelajar dari Aliran Sains dibenarkan untuk keluar dari Aliran Sains lalu menyertai Aliran Sastera tetapi sebaliknya tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan pula boleh memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik.

















5



BAB III
PENUTUP

  1. KESIMPULAN

Malaysia adalah Negara yang memiliki sejarah perkembangan pendidikan yang sangat panjang, sehingga menjadi Negara yang maju dalam pendidikannya seperti saat ini. Di mulai dari tahun 1600 sampai sekarang, Negara Malaysia terus meningkatkan kualitas pendidikannya.
Di Malaysia pendidikannya memiliki jenjang yang hamper sama dengan di Indonesia, seperti:
1. Pendidikan Prasekolah ( TK)
Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;
2. Pendidikan Rendah (SD)
  • Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi   yang  boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hinggah tujuh tahun;
  • Ia terdiri daripada Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan;
3. Pendidikan Menengah (SMP dan SMA)   
  • Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan Menengah Rendah dan Menengah Atas;
  • Pendidikan Menengah yang diadakan terdiri daripada
            o    Sekolah Akademik
            o    Sekolah Teknik dan Vokasional
            o    Sekolah Kebangsaan Agama
4. Pengajian tinggi ( Perguruan Tinggi)


  1. KRITIK DAN SARAN

Demikianlah isi dari makalah kami ini. Dan kami sangat menyadari bahwa dalam penulisan maupun penyusunan makalah ini terdapat banyak kesalahan dan kekurangan. Untuk itu, kami sangat mengharapkan kritik dan saran yang bersifat membangun dari para pembaca demi perbaikan makalah ini agar menjadi lebih baik lagi selanjutnya.
Akhirnya, kami mohon maaf apabila terdapat kesalahan dalam penulisan kata-kata, dan kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam penyelesaian makalah ini kami ucapkan terima kasih.



6


DAFTAR PUSTAKA

4.      http://www.scribd.com/doc/2674818/sejarah-perkembangan-pendidikan-di-malaysia

0 komentar: